Tuesday, August 7, 2007

Program Akademik Yang Dilaksanakan Di Sekolah








•Program Membaca Pagi
•Dilaksanakan setiap hari Isnin,Selasa, Rabu dan Sabtu jam 7.30 pagi hingga 7.50 pagi






Sekolah rendah Hj Mohd Salleh, Sungai Hanching, Brunei II





Bangunan Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh, Sungai Hanching yang pertama di bina pada tahun 1947 di atas sebuah tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Hj Mohd Salleh bin Kahar.
Bangunan ini dibina secara bergotong-royong yang diketuai oleh Allahyarham sendiri. Bangunan tersebut berbentuk sementara dan bahan-bahan yang digunakan adalah seperti kayu bulat sebagai tiang, berdindingkan kulit kayu dan beratapkan daun nipah.
Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Pg Md Salleh bin Pg Md Yussof. Sekarang sekolah ini diterajui oleh Cikgu Hjh Taisah binti Hj Nasir sejak 1hb Jun 2004.





Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh Sungai Hanching terletak di Kampong Sungai Hanching Mukim Berakas B. Nama sekolah ini adalah mengambil sempena dari nama orang yang mewakafkan tanah ini untuk dijadikan tempat membangun sekolah yang ada sekarang ia itu Awang Haji Salleh bin Kahar.